Selamat Datang

Salam Perkenalan pada semua yang singgah sini..

Siri Lengkap Wang Kertas Malaysia - Note RM50

Saturday 30 July 2011

Post kali nie mengenai Siri Lengkap Wang Kertas Malaysia bagi Note RM50. Mcm biasalah, untuk rujukan aku yg beginner ni dan sapa-sapa yang berminat nak rujuk. 


Contoh gambar duit tu aku akan update dari masa ke semasa berdasarkan koleksi aku sendiri. Ini juga untuk thrill dan sebagai cabaran pada aku gak. Lagipun mana best copy2 org punya kan, hehe.

Siri Pertama
Tahun Cetakan : 1967-1972
Tandatangan Gabenor : Tun Ismail Bin Mohamed Ali
Pencetak : Thomas De La Rue
Ciri-ciri Khas : Ejaan "Di-perlakukan", "Lima Puloh Ringgit", "Gabenor"

Siri Kedua
Tahun Cetakan : 1972-1976
Tandatangan Gabenor : Tun Ismail Bin Mohamed Ali
Pencetak : Thomas De La Rue
Ciri-ciri Khas : Ejaan "Diperlakukan", "Lima Puluh Ringgit", "Gabenur"
Contoh adalah seperti di bawah:

Siri Ketiga
Tahun Cetakan : 1976-1981
Tandatangan Gabenor : Tun Ismail Bin Mohamed Ali
Pencetak : Bradbury, Wilkinson & Co
Contoh adalah seperti di bawah:

Siri Keempat
Tahun Cetakan : 1981-1983
Tandatangan Gabenor : Tan Sri Dato Abdul Aziz Bin Haji Taha
Pencetak : Thomas De La Rue

Siri Kelima
Tahun Cetakan : 1983-1986
Tandatangan Gabenor : Tan Sri Dato Abdul Aziz Bin Haji Taha
Pencetak : Thomas De La Rue

Siri Keenam (Variety 1)
Tahun Cetakan : 1986-1995
Tandatangan Gabenor : Tan Sri Dato’ Jaffar Bin Hussein
Pencetak : Thomas De La Rue
Contoh adalah seperti di bawah:


Siri Keenam (Variety 2)
Tahun Cetakan : 1986-1995
Tandatangan Gabenor : Tan Sri Dato’ Jaffar Bin Hussein
Pencetak : BA Banknote


Siri Ketujuh
Tahun Cetakan : 1995-1998
Tandatangan Gabenor : Tan Sri Dato’ Ahmad Bin Mohd Don
Pencetak : Thomas De La Rue
Contoh adalah seperti di bawah:

Siri Kelapan (Variety 1)
Tahun Cetakan: 1996-1998
Tandatangan Gabenor : Tan Sri Dato’ Ahmad Bin Mohd Don
Ciri-ciri Khas: Tandatangan Gabenor sebelah tepi.

Siri Kelapan (Variety 2)
Tahun Cetakan: 1996-1998
Tandatangan Gabenor : Tan Sri Dato’ Ahmad Bin Mohd Don
Ciri-ciri Khas: Cetakan Polimer. Wang Peringatan Sempena Sukan Commonwealth Kuala Lumpur 1998

Siri Kesembilan
Tahun Cetakan : 1999
Tandatangan Gabenor : Tan Sri Dato’ Seri Ali Abul Hassan Bin Sulaiman 
Ciri-ciri Khas: Tandatangan Gabenor Sebelah Tepi

Siri Kesepuluh
Tahun Cetakan : 1999
Tandatangan Gabenor : Tan Sri Dato’ Seri Ali Abul Hassan Bin Sulaiman
Ciri-ciri Khas: Tandatangan Gabenor Bahagian Tengah

Siri Kesebelas
Tahun Cetakan : 2000
Tandatangan Gabenor : Tan Sri Dato’ Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz

Siri Kedua Belas
Tahun Cetakan : 2008
Tandatangan Gabenor : Tan Sri Dato’ Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz
Ciri-ciri Khas: Logo 50th Tahun Kemerdekaan di Muka Belakang)

Nota: Berkemungkinan aku ada terlepas pandang berhubung dengan variety yg ada bagi siri-siri pengeluaran tertentu terutamanya bagi pencetak yg berlainan. Sapa-sapa yg ada info boleh maklumkan utk aku update nanti. 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

OhBelog