Selamat Datang

Salam Perkenalan pada semua yang singgah sini..

Pertama dan Terakhir 10 Ringgit

Tuesday 16 August 2011


Dalam banyak2 10 ringgit nie, yg paling best kalau ada mestilah yg pertama dikeluarkan. yg ni lah kena cari dulu sebenarnya kalau nak mula start kumpul note RM10 nie sampai lengkap. Sebabnya yg "sa-puloh ringgit" tu. xtau la nape, tp mmg best bila dok tilik perkataan tu. Mcm aku, kalau ikut stepnya, kumpul smp cukup lu, pastu baru upgrade ke condition yg lebih baik. 

So skrg nie tinggal yg siri 4 jer lagi lum ada utk cukupkan koleksi lengkap RM10 nie. xpe pelan kumpul, bukan nak kejar apa pun..:) kalau nak tgk senarai lengkap note RM10 nie, leh tgk kat SINI
 
Siri Pertama $10 Sign Tun Ismail Mohamed Ali Pencetak Thomas De La Rue


RM10 Siri ke 11 sign Zeti Dengan Silver Security Thread


$10 Siri 7 Ahmad Don: Giesecke & Devrient

Bagi siri ke 7 nie pun ada satu lagi variety. Variety biasa dicetak oleh Francois-Charles Oberthur. Bagi variety kedua nie dicetak oleh Giesecke & Devrient. Part lain2 suma sama jer. Nak kata sukar nak dapat pun xdela sgt. Cuma yg Oberthur tu lagi senang nak jumpa la.

Siri Ke 7 Ahmad Don Pencetak Giesecke & Devrient

$10 Siri Ke-6 Jaffar Hussein Variety 2: BA Banknote


Siri Ke-6 nie merupakan variety kedua yg dikeluarkan. Sama jer sebenarnya dgn siri ke-6 yang variety 1 tu. Bezanya kat pencetak jer. Variety 2 nie dicetak oleh BA Banknote. Manakala yg 1 tu dicetak oleh Thomas De La Rue.



Siri Ke-6 sign Jaffar Hussein Pencetak BA Banknote

RM10 Siri Ke-8 - Wawasan 2020

Friday 12 August 2011

RM10 Siri Kelapan nie conditionnya biasa je. Upload la juga utk cukupkan siri RM10 nie. Apa yg menariknya psl siri ke lapan nie adalah ianya dikeluarkan dengan tema dan design baru iaitu "Wawasan 2020". Siri nie dikeluarkan pada 5th February 1996 dengan dominasi RM2, RM5,RM10, RM50, RM100 dan menggunakan simbol baru iaitu RM (Ringgit Malaysia).Siri ini masih mengekalkan Potret Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Malaysia yang pertama dan di sign oleh Tan Sri Dato' Ahmad Mohd Don.



Siri Ke-8 Sign Ahmad Mohd Don 

$10 Siri 6 Jaafar Hussein Pencetak Thomas De La Rue


Salam,

Kali nie aku upload tambahan koleksi $10 bagi siri ke-6 pulak. versi yang ada nie adalah sign Jaafar Hussein dan dicetak oleh Thomas De La Rue. Grednya mmg UNC..alang2 cari biarla yg terbaik kan..:)

cuma tgh cari lagi satu versi utk siri ke-6 nie yg dicetak oleh BA Banknote. nanti kalau dah ada aku akan diupload kemudian.

Mcm biasalah, kalau nak rujuk koleksi lengkap siri RM10 nie, leh rujuk kat 
SINI


Siri Ke-6 Sign Jaafar Hussein Pencetak Thomas De La Rue

$50 Siri Ke-2 dan Ke-3 Ismail Mohamed Ali

Sunday 7 August 2011

Siri ke-2 ngn ke-3 nie kalau sekali tengok lebih kurang sama jer. Dua2 sign Ismail Ali. Ejaan Lima Puluh Ringgit dan lain-lain ciri pun lebih kurang sama jer. Cuma yg part bawah sebelah kiri tu ada beza sikit. Yg pastinya perbezaan jelasnya adalah pencetaknya. Siri ke-2 nie dicetak oleh Thomas De La Rue, manakala yg ke-3 lak dicetak Bradbury, Wilkinson & Co. Utk pattern siri pertama sampailah keempat mmg pattern nie lah. Yg pertama sekali tu senang nak nampak, ejaan Lima Puloh Ringgit dah leh bezakan. Manakala yg siri ke-4 tu disign oleh Gabenur Aziz Taha. Buat masa nie aku xde lagi yg siri pertama ngn keempat tu. Kalau ada nanti aku mesti upload punya..:)

$50 Siri Ke-2 Sign Tun Ismail Bin Mohamed Ali Pencetak Thomas De La Rue

$50 Siri Ke-3 Sign Tun Ismail Bin Mohamed Ali Pencetak Bradbury, Wilkinson & Co

$50 Siri Ke-7 Ahmad Mohd Don

Yang siri ke-7 nie keadaan note nie elok lagi. Aku dapat pun sebenarnya sekali dengan yg siri ke-6 yg aku post sebelum nie. Satu harga berbaloi utk dua keping sekaligus aku rembat. Set dua kepng note nilah juga sebenarnya antara koleksi aku yg terawal.

$50 Siri Ke-7 Sign Tan Sri Dato’ Ahmad Bin Mohd Don Pencetak Thomas De La Rue

Utk senarai lengkap siri RM50 boleh jenguk kat SINI

$50 Siri Ke-6 Jaafar Hussein

Post kali nie dan 2 3 post kemudian nie aku masukkan beberapa note RM50 dalam koleksi aku utk lengkapkan koleksi note 50 nie. Tgh2 xde idea nak post apa nie aku letak jela gambar2 duit ni. Yg siri ke-6 nie nanti aku cuba check balik sbb rasa aku ada lagi variety lain iaitu pencetak yg lan selain Thomas De La Rue nie. Kalau sapa-sapa ada info mungkin boleh update k. Untuk siri lengkap wang note RM50 boleh rujuk post sebelum ni kat SINI

$50 Siri ke-6 Sign Tan Sri Dato’ Jaffar Bin Hussein Pencetak Thomas De La Rue

Lagi Koleksi RM10 - Siri 5, Siri 10, Siri 11 (without security thread)

Wednesday 3 August 2011

Salam,


Tgh free mlm nie, aku upload lagi koleksi RM10 aku yg ada nie..utk cukupkan Siri Lengkap Wang Kertas Malaysia Note RM10. Boleh rujuk kat SINI untuk detailnya.



$10 Siri Kelima Tan Sri Dato Abdul Aziz Taha Pencetak Thomas De La Rue



RM10 Siri Kesepuluh Ali Abul Hassan (sign tengah) 



RM10 Siri Kesebelas Zeti Akhtar Aziz (tanpa security thread)



Yang lain-lain tu akan menyusul kemudian, pelan-pelan..:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

OhBelog