Selamat Datang

Salam Perkenalan pada semua yang singgah sini..
Showing posts with label Artikel dan Rencana. Show all posts
Showing posts with label Artikel dan Rencana. Show all posts

Misteri Pemilik History Supreme

Sunday, 24 July 2011

Dalam paper arini ada diceritakan mengenai sebuah kapal layar mewah yang paling mahal di dunia, yang dinamakan "History Supreme". Ceta lanjut psl kapal nie boleh baca di bawah. Kapal yang RM15 billion ini disadurkan dengan 100 tan (100,000 kg) emas yang melitupi hampir separuh permukaannya.

Yang menjadi persoalannya sekarang adalah siapakah pemilik kepada History Supreme ini kerana tidak ada dinyatakan secara terperinci identiti pemilik kapal mewah ini. Maklumat daripada internet hanya menyatakan ianya dimiliki oleh "anonymous leading Malaysian businessman". Antara yang dikatakan kemungkinan pemilik kapal ini adalah Tan Sri Ananda Krishnan, Tan Sri Lee Shin Cheng ataupun Tan Sri Robert Kuok.

Apapun, inilah kalau nak dikatakan koleksi yang teramatlah bernilai. Tah2 x bawa belayar pun, dok parking jer nanti, hehe..
.................................................



KAPAL mewah bersadur emas ini dikatakan yang termahal di dunia dengan harganya mencecah RM15 bilion.
Kapal yang direka pereka warga Britain ini dihiasi dengan 100 tan emas, melitupi hampir separuh permukaannya. Dengan panjang kira-kira 30 meter, ia diiktiraf sebagai kapal paling unik di dunia kerana mempunyai tempat tidur yang dilitupi platinum dan mengandungi patung diperbuat daripada tulang Tyrannosaurus Rex, dinosaur maging terbesar.

Geladaknya, dewan makan dan rel penghadangnya juga dibuat daripada besi mahal, termasuk platinum.
History Supreme yang direka oleh tukang emas Liverpool, Stuart Hughes, menyebabkan kapal kemegahan pemilik pasukan bola sepak Chelsea, Roman Abramovich terpinggir.

Eclipse milik Abramovich yang sepanjang kira-kira 174 meter, dilengkapi sistem peluru berpandu serta kapal selam untuk menyelamatkan diri adalah kapal peribadi terbesar. Tetapi dengan harga RM3.75 bilion, ia tidak setanding dengan History Supreme.

Stuart, 40, yang mengambil masa tiga tahun untuk membina ‘History Supreme’ untuk seorang ahli perniagaan Malaysia berkata: “Ia mungkin projek paling besar pernah saya lakukan.” Dia sebelum ini pernah menghasilkan bekas iPhone yang dibuat daripada berlian berharga £5 juta (RM25 juta). “Saya membuat pelbagai bungkusan barangan daripada emas tetapi ini adalah projek terbesar saya sehingga ini. Dan tidak ada lain yang mungkin dapat mengatasinya selepas ini.
“Ahli perniagaan itu datang kepada kami dan bertanya sama ada kami boleh membuatnya. Dia mahu melakukannya pada sebuah pesawat tetapi ia tidak mungkin dapat terbang jika kami melakukannya.

“Lepas itu dia bertanya: ‘Boleh kami lakukannya pada kapal?’ Saya menjawab: ‘Kami akan cuba.’ “Kami hanya melakukan apa yang diminta dan gembira dengan hasilnya. Kapal itu dibina di Itali dan disiapkan sepenuhnya di Malaysia dua minggu lalu.

Edisi terakhir News of the World dibida pada harga RM141 senaskhah

Monday, 11 July 2011

Dalam paper Kosmo hari nie ada ceta psl Edisi Terakhir News of the World yang dibida pada harga RM141 senaskhah. Aku rasa tertarik utk nak ulas psl nie sbb aku baru saja post pasal "rare item" sebelum nie dan ada juga akan post psl suratkhabar termahal di dunia. Boleh tgk balik post tu nanti. Bagi sapa-sapa yg follow ceta psl kenapa tabloid terlaris di Britain nie rasanya tau sebab apa Rupert Mordoch tu nak stop kuarkan paper ni kan. Kat bawah nie pun ada dinyatakan sbb skandal pengintipan perbualan telefon oleh editor tabloid nie dan siasatan yang dijalankan.

Aku bukannya nak ceta detail psl ni. Ringkasnya, dengan mengambilkira ini adalah merupakan edisi terakhir dan paper nie tidak akan dikeluarkan lagi. Pada aku xde peliknya harga RM141 senaskhah tu, bahkan aku rasa murah sgt dengan mengambilkira nilainya dimasa yg akan datang dan merupakan salah satu koleksi yang menarik dan berbaloi untuk dimiliki pada sekarang ini. 



SEORANG lelaki membaca naskhah akhir akhbar yang sudah berada di pasaran selama 168 tahun itu.


LONDON - Edisi terakhir tabloid nombor satu Britain, News of the World kelmarin dijual di laman lelongan ebay pada harga mencecah AS$47 (RM141) senaskhah, lapor sebuah akhbar semalam.
Edisi terakhir News of the World itu menjadi rebutan di laman web berkenaan selepas akhbar itu habis dijual dalam tempoh cuma beberapa jam berada di pasaran.
Lebih empat juta naskhah akhbar itu habis dijual kelmarin, sekali gus menjadikannya jualan akhbar paling laris di Britain dalam tempoh satu dekad.
Akhbar berkenaan yang dimiliki oleh taikun media Amerika Syarikat (AS), Rupert Murdoch ditutup bermula semalam kerana dikaitkan dengan skandal pengintipan perbualan telefon melibatkan lebih 4,000 mangsa.
"Orang ramai berebut untuk membeli edisi terakhir News of The World sebaik sahaja kedai dibuka," kata seorang peniaga tempatan yang memberitahu akhbar tersebut habis dijual seawal pukul 8 pagi.
Akhbar yang ditutup oleh pemiliknya, News International itu mengetengahkan tajuk: Thank You & Goodbye.- Agensi

Lama Tidak Semestinya "Rare"

Salam,

Entry kali kali aku rasa nak berkongsi satu topik. Topik yg biasa saja tapi mungkin kita boleh sama-sama bincangkan. Ni juga adalah sekadar pandangan aku saja berdasarkan kepada pembacaan dan rujukan yang dibuat.


Lama tu berkemungkinan besar adalah antik. Ini dengan mengambilkira kepada situasi dan keadaan sesuatu barang tu juga. Kalau ianya adalah lama tetapi tidak bernilai, x boleh juga nak dikategorikan sebagai antik.


Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat "Antik" adalah bermaksud "1. berasal dr zaman dahulu atau lampau sbg perbandingan dgn zaman moden: kedai itu menjual barang-barang ~; 2. = barang-barang ~ barang-barang spt perabot atau hasil seni lain yg dihasilkan dlm zaman lampau yg dikumpul dan dinilai kerana kecantikannya (mutu hasil kerjanya dan umurnya): peng­gemar ~; keantikan sifat antik: ~ perabot itu dapat dikesan drpd reka bentuknya.". Jadi senang nak faham, kalau ianya lama dan bernilai merupakan satu hasil seni barulah kita boleh katakan ianya antik.


Ok, kali nie kita bukan nak ceta psl "Antik". Kita cuba tgk psl "Rare", ataupun bahasa mudahnya barang-barang yang susah nak jumpa atau sukar diperolehi. Selalu sgt kita jumpa org kata barang ni rare, barang nie mahal sbb rare, dll. Kadang2 barang yang sama mcm tu dan lagi lama dikeluarkan sblm tu xde pun dikatakan rare.


Sebagai contoh, dengan ambilkira syiling parlimen la senang sikit kita nak nampak. Kenapa syiling 10 sen tahun 1971 parlimen tu dikatakan "rare" dan mahal di pasaran, dan pada sesetengah pengumpul, ianya dikatakan "legend" dan "rare item". Kenapa 10 sen tahun 1967 dan 1968 tidaklah dikatakan "rare" berbanding dengan yg 1971 nie. Padahal yg 1967 tu yg paling awal dikeluarkan? So, kat sini kalau kita x tau tentang sejarah atau salasilahnya, kita mungkin x kan nampak tang mana yg "rare" tu. Bagi yg mmg dan jadi collector nie rasanya semua mmg dah maklum kan. Aku pun xnak ceta byk psl nie sbb byk rujukan psl nie kat internet. Diringkaskan sbbnya adalah ianya sukar diperolehi sbb mmg yg 1971 nie x dikeluarkan byk, hanya 32, 236 keping sahaja. Manakala yg tahun 1967, jumlah yang dikeluarkan adalah sebanyak 106,708,000 keping dan yg tahun 1968, jumlah yang dikeluarkan adalah sebanyak 128,292,000 keping. Sebab apa tahun 1971 dikeluarkan sbyk tu sahaja, bolehlah disearch kat internet, byk ada ceta psl nie.
Gambar Hiasan saja jer nie..aku pun x tau Moto Harley ni kuar bila..:)

Contoh kedua utk lebih jelas, antara Motosikal Harley Davidson yang dikeluarkan tahun 1990 sebanyak 10 unit sahaja (contoh saja nie), dengan Ferrari yang dikeluarkan pada tahun 1980 sebanyak 100,000 unit (contoh jugak). Agak2 mana yg lebih rare? kalau nak kira mana satu yg lebih antik, rasanya Ferrari lebih antik dengan mengambilkira faktor umurnya. Tapi bolehkah kita nak katakan yg Ferrari tu lebih "rare" berbanding dengan Harley Davidson tu. Ini belum dikira lagi Harley yg dikeluarkan pada tahun 1990 sebanyak 10 unit sahaja tu, sekarang nie tinggal berapa jer..tah2 nak jumpa 2 atau 3 unit tu pun tah jumpa ke x..


So kalau nak ringkaskan, "Rare" ni secara tidak semestinya lama..ianya mestilah pertamanya, bersifat "sukar diperolehi" akibat daripada pengeluaran yg terhad ataupun tidak banyak yg masih ada dan didapati. Namun kalaulah sesuatu tu adalah benda yg lama, logiknya semakin cepatlah ianya akan menjadi berstatus "rare".


Jumpa lagi.


Nota: Ni adalah merupakan pandangan aku saja, kalau ada fakta yg x betul atau kurang tepat, bolehlah kita sama2 bincangkan.

Suratkhabar Paling Mahal di dunia

Friday, 8 July 2011


Salam, 


Sambil jalan-jalan kat intenet nie terasa la pulak nak cari fakta-fakta menarik untuk dikongsi bersama. Memandangkan blog aku ni bertemakan "koleksi", elok gak aku cari fakta-fakta yg termasuk dalam golongan nie. Cuma rasa aku kalau cari fakta2 biasa mcm koleksi keta paling mahal, jam paling mahal rumah paling mahal tu semua mcm agak kedengaran biasa jer. Yang aku jumpa nie mcm menarik jer..nanti pasni utk ruangan artikel ngn rencana nie nanti aku ingat nak letak fakta-fakta mcm nie la..atleast sebagai info gak kan.


So yg nie aku terjumpa, "Suratkhabar Paling Mahal di dunia"...iaitu Suratkhabar daripada Romania, Zimbrulu and Vulturulu (“Aurochs and the Eagle)”, yang dikeluarkan pada November 1858 yang dihantar pada Galati (xsure lak nie nama org ke kompeni ke apa nie). Disebabkan beratnya, suratkhabar nie memerlukan 8 setem yang besar iaitu "Cap de Bour (Bull Head) stamps" yang merupakan salah satu daripada setem yang dikategorikan sebagai "rare" dan dihargai di dunia.


Suratkhabar nie dijual pada seorang pengumpul seni yang bernama Joseph Hackmey dengan harga melebihi $1.1 million atau €829,500 secara tepatnya semasa satu lelongan di Rumah Lelong David Feldman dan dengan itu menjadikannya sebagai "Suratkhabar Paling Mahal di Dunia"




The “Auroch and the Eagle” newspaper was printed in Iasi (Romania) in 1858 and was sent by mail in 1858 and paid with no less than 8 of the priceless Auroch’s head stamps.
World’s Most Expensive Newspaper : $1.1 million (Auroch and the Eagle – “Zimbrulu and Vulturulu”)
sumber: theworldmostexpensive.com

Kereta 'hantu' bakal dilelong RM1.42 juta

Thursday, 7 July 2011

Sambil dok baca-baca paper online kat internet hari ni, terjumpa satu artikel menarik kat kosmo, psl orang nak lelong sebuah kereta dengan harga RM1.42 juta. Bagi setengah org maby akan rasa mcm mahal giler ngn pelik apsal la mahal sgt..tapi pada yg paham konsep "rare item", antik, klasik dan sebagainya maby xkan rasa pelik. Nanti kalau ada kelapangan boleh kita bincangkan psl "rare item" ni.


Aku postkan kat bawah kot2 ada yg x sempat baca kat kosmo hari ni:



KERETA Pontiac Deluxe Six yang lut sinar.




MICHIGAN - Sebuah kereta Pontiac Deluxe Six yang dikeluarkan pada 1939 dijangka dilelong pada harga AS$475,000 (RM1.42 juta) pada hujung bulan ini di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Kereta itu diberi gelaran 'hantu' kerana badannya yang lut sinar dan dihasilkan oleh General Motors dengan kerjasama syarikat kimia Rohm dan Haas pada harga AS$25,000 (RM75,262).
Model kereta itu dilengkapi dengan enjin enam silinder, brek hidraulik dan transmisi manual tiga kelajuan dihasilkan untuk Pameran Dunia New York pada 1939-1940.
Kereta itu diperbuat daripada kaca lut sinar Plexiglas yang pernah digunakan dalam pembuatan pesawat tentera semasa Perang Dunia II.
Pemilik Pontiac itu kini mewarisi kenderaan itu daripada bapanya yang membelinya dari pengumpul kereta klasik, Leo Gephart pada awal 1980-an. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

OhBelog