Entry kali kali aku rasa nak berkongsi satu topik. Topik yg biasa saja tapi mungkin kita boleh sama-sama bincangkan. Ni juga adalah sekadar pandangan aku saja berdasarkan kepada pembacaan dan rujukan yang dibuat.
Lama tu berkemungkinan besar adalah antik. Ini dengan mengambilkira kepada situasi dan keadaan sesuatu barang tu juga. Kalau ianya adalah lama tetapi tidak bernilai, x boleh juga nak dikategorikan sebagai antik.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat "Antik" adalah bermaksud "1. berasal dr zaman dahulu atau lampau sbg perbandingan dgn zaman moden: kedai itu menjual barang-barang ~; 2. = barang-barang ~ barang-barang spt perabot atau hasil seni lain yg dihasilkan dlm zaman lampau yg dikumpul dan dinilai kerana kecantikannya (mutu hasil kerjanya dan umurnya): penggemar ~; keantikan sifat antik: ~ perabot itu dapat dikesan drpd reka bentuknya.". Jadi senang nak faham, kalau ianya lama dan bernilai merupakan satu hasil seni barulah kita boleh katakan ianya antik.
Ok, kali nie kita bukan nak ceta psl "Antik". Kita cuba tgk psl "Rare", ataupun bahasa mudahnya barang-barang yang susah nak jumpa atau sukar diperolehi. Selalu sgt kita jumpa org kata barang ni rare, barang nie mahal sbb rare, dll. Kadang2 barang yang sama mcm tu dan lagi lama dikeluarkan sblm tu xde pun dikatakan rare.
Sebagai contoh, dengan ambilkira syiling parlimen la senang sikit kita nak nampak. Kenapa syiling 10 sen tahun 1971 parlimen tu dikatakan "rare" dan mahal di pasaran, dan pada sesetengah pengumpul, ianya dikatakan "legend" dan "rare item". Kenapa 10 sen tahun 1967 dan 1968 tidaklah dikatakan "rare" berbanding dengan yg 1971 nie. Padahal yg 1967 tu yg paling awal dikeluarkan? So, kat sini kalau kita x tau tentang sejarah atau salasilahnya, kita mungkin x kan nampak tang mana yg "rare" tu. Bagi yg mmg dan jadi collector nie rasanya semua mmg dah maklum kan. Aku pun xnak ceta byk psl nie sbb byk rujukan psl nie kat internet. Diringkaskan sbbnya adalah ianya sukar diperolehi sbb mmg yg 1971 nie x dikeluarkan byk, hanya 32, 236 keping sahaja. Manakala yg tahun 1967, jumlah yang dikeluarkan adalah sebanyak 106,708,000 keping dan yg tahun 1968, jumlah yang dikeluarkan adalah sebanyak 128,292,000 keping. Sebab apa tahun 1971 dikeluarkan sbyk tu sahaja, bolehlah disearch kat internet, byk ada ceta psl nie.
Gambar Hiasan saja jer nie..aku pun x tau Moto Harley ni kuar bila..:)
So kalau nak ringkaskan, "Rare" ni secara tidak semestinya lama..ianya mestilah pertamanya, bersifat "sukar diperolehi" akibat daripada pengeluaran yg terhad ataupun tidak banyak yg masih ada dan didapati. Namun kalaulah sesuatu tu adalah benda yg lama, logiknya semakin cepatlah ianya akan menjadi berstatus "rare".
Jumpa lagi.
Nota: Ni adalah merupakan pandangan aku saja, kalau ada fakta yg x betul atau kurang tepat, bolehlah kita sama2 bincangkan.
0 comments:
Post a Comment