Selamat Datang

Salam Perkenalan pada semua yang singgah sini..

Kereta 'hantu' bakal dilelong RM1.42 juta

Thursday, 7 July 2011

Sambil dok baca-baca paper online kat internet hari ni, terjumpa satu artikel menarik kat kosmo, psl orang nak lelong sebuah kereta dengan harga RM1.42 juta. Bagi setengah org maby akan rasa mcm mahal giler ngn pelik apsal la mahal sgt..tapi pada yg paham konsep "rare item", antik, klasik dan sebagainya maby xkan rasa pelik. Nanti kalau ada kelapangan boleh kita bincangkan psl "rare item" ni.


Aku postkan kat bawah kot2 ada yg x sempat baca kat kosmo hari ni:



KERETA Pontiac Deluxe Six yang lut sinar.




MICHIGAN - Sebuah kereta Pontiac Deluxe Six yang dikeluarkan pada 1939 dijangka dilelong pada harga AS$475,000 (RM1.42 juta) pada hujung bulan ini di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Kereta itu diberi gelaran 'hantu' kerana badannya yang lut sinar dan dihasilkan oleh General Motors dengan kerjasama syarikat kimia Rohm dan Haas pada harga AS$25,000 (RM75,262).
Model kereta itu dilengkapi dengan enjin enam silinder, brek hidraulik dan transmisi manual tiga kelajuan dihasilkan untuk Pameran Dunia New York pada 1939-1940.
Kereta itu diperbuat daripada kaca lut sinar Plexiglas yang pernah digunakan dalam pembuatan pesawat tentera semasa Perang Dunia II.
Pemilik Pontiac itu kini mewarisi kenderaan itu daripada bapanya yang membelinya dari pengumpul kereta klasik, Leo Gephart pada awal 1980-an. 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

OhBelog