Salam,
Akhir-akhir nie mcm best lak layan ceta Pawn Stars ngn American Pickers nie. Rasanya ada gak antara korang yg layan ceta nie kat History Channel di Astro kan? Pada mula-mula dulu aku tgk ceta nie mcm biasa jer, xde yg best mana pun. Cuma aku ada la terpikir gak nape ceta nie ditayang kat History Channel, padahal ceta psl jual barang ngn cari barang lama jer.
Tapi bila dikaji balik, aku rasa sbb apa yg aku berminat tgk ceta nie adalah kerana daripada ceta nie jugalah byk dipaparkan psl sejarah, terutamanya di Amerika la. Daripada syiling-syiling lama, wang lama, senjata antik, dokumen-dokumen lama ngn barang-barang antik yg lain. Dari situ kalau ada yg si tokey pawn star tu x tau, dia akan refer pada expert utk nilai. Sblm expert tu nilai barang2 tu, dia akan ceta la serba sedikit psl barang yg nak dipajak atau dijual tu, tentang sejarahnya dan samaada barang2 tu tulen atau pun palsu. Kadang2 tu, bila dia bgtau harga semasa barang tu, macam x masuk akal pun ada mahalnya. Ni bergantung pada "rare"nya barang tu atau tidak.
Sama la juga ceta American Pickers tu, pasl dua org kawan yg menjelajah pelusuk Amerika utk cari barang2 yg org katakan sebagai lusoh tapi pada mereka adalah bernilai dan boleh wat duit. Asal pada mereka boleh jual jer mesti diorg sapu. So, apa yg aku nak cuba share kat sini adalah..barang2 lama ataupun antik nie, mmg ada sejarahnya yg tersendiri. X kira la walaupun ianya adalah secebis kertas ataupun nota..asal ada signature org2 yg terkenal pada dulu2 dan utk satu2 tujuan, harganya tetap bernilai.
Kalau kita tgk mcm di persekitaran kita di Malaysia pulak. Rasanya sekarang nie x ramai yg amik berat psl sejarah-sejarah lama kita nie..termasuk aku pun. Dulu mana la ada minat tgk barang-barang antik nie..sekadar tgk jela..xdenya nak amik tau psl sejarah di sebalik barang tersebut. Kalau yg berminat nak simpan pun akan cari syiling-syiling lama ngn duit kertas lama, sbbnya ramai yg tau benda nie akan bernilai nanti di kemudian hari atas kapasiti dah x dikeluarkan dan akan makin payah nak jumpa. so logiknya harga akan makin mahal kan kalau simpan. Tapi kalau sebut psl dokumen-dokumen lama yg ada mempunyai nilai sejarah, rasanya x ramai yg nak simpan kecuali yg mmg collector tegar. X pun kalau nak jumpa pun ada la kat muzium kot. Kalau utk orang perseorangan maby kurang rasanya.
Cuba kita amik contoh Keris Taming Sari. Aku pun pada mulanya ingat keris nie dah tinggal dalam lipatan sejarah jer sbb katanya dah hilang kat laut semasa Hang Tuah balik dari nak pinang Tun Teja tapi ditolak tu. Tah betul ke x versi ceta nie aku tau nie. Tapi aku ada terbaca aritu, dalam bulan lepas rasanya, yg Keris Taming Sari nie sebenarnya masih ada dan dah dijadikan salah satu Alat Kebesaran Diraja Kesultanan Negeri Perak dan masih tersimpan elok di Istana Perak. So cuba kita nilaikan harganya..sapa yg boleh agak?? Katakan la Keris Taming Sari di dilelong, sampai berapa harganya org sanggup bid, dengan ambilkira sejarahnya yg rasanya semua org di Malaysia nie patut tau..1 juta? 10 juta? atau setakat puluhan ribu?
Kat sinilah yg aku maksudkan sejarah tu mmg satu benda yang bernilai..:)
Jumpa lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment