Selamat Datang

Salam Perkenalan pada semua yang singgah sini..
Showing posts with label Ceritaku. Show all posts
Showing posts with label Ceritaku. Show all posts

Koleksi Pertama - $1 Siri ke-3 dan ke-4

Friday, 22 July 2011

Salam,


Sebelum nie byk post aku dok wat nota jer..bukan apa, senang skit utk rujukan aku sbb aku pun bukannya ingat semua benda-benda nie, kira semua benda baru la pada aku. so dgn adanya reference nie semua mcm senarai dan contoh gabenor, siri-siri duit, tahun2 pengeluaran syiling tu semua, senang skit keja aku..kalau rasa x ingat jer, kalau leh online aku buka tgk balik utk refreshment.


kali nie aku rasa mcm nak share 2  keping duit 1 ringgit yg aku dapat nie, (dgn dua keping dua 10 ringgit dan 2 keping duit RM50 sebenarnya) dari sebuah kedai..aku ada ceta psl nie sebelum ni, leh baca balik kat SINI kalau rasa nak baca. Rasa aku skrg nie senang lagi nak dpt duit nie..sekarang ni lah, pas2 nie kalau dok tangguh lagi maby makin susah gak..x pun makin mahal..


Ni la gambar duitnya, conditionnya agak lusuh gak la utk yg Ismail Ali tu, yg Abdul Aziz tu mmg elok lagi keadaannya..x kisahlah, wat masa skrg nie, mana aku jumpa aku rembat jer..nanti pelan2 upgrade la kemudian nanti, janji ada lu..psl gred tu semua, aku pun masih baru nak gred2 duit nie x reti sgt..nanti aku wat entry lak psl gred wang kertas nie later k.


$1 Siri ke-3 Sign Tun Ismail Md Ali 
Pencetak : Bradbury Wilkinson & Co, England



$1 Siri ke-4 Sign Tan Sri Dato Abdul Aziz Bin Haji Taha 
Pencetak : Bradbury Wilkinson & Co, England

Apapun ni adalah "Koleksi Untuk Masa Depan"

Jumpa lagi..

Seni Mengumpul Syiling dan Wang Kertas

Wednesday, 20 July 2011

Salam,

Kali nie kita sembang2 sikit psl tajuk nie, "Seni Mengumpul Syiling dan Wang Kertas". Mmg kalau kita tgk kat dalam internet nie dan juga yg offline yg xde blog sekalipun, ada mcm2 jenis pengumpul atau collector yang ada. Ada yang mengumpul syiling saja, x kira lama dan baru, ada yg lama saja, ada yg kumpul wang kertas kertas saja, lama ada, baru pun ada. ada yg kumpul yg duit malaysia saja, ada yg luar negara pun ada. ada yg kumpul duit kertas saja tapi fokus pada part2 tertentu. contohnya pada yg error note sahaja, ada yg replacement note saja, ada yg fokus pada no prefixnya saja, termasuklah no. radar dll. tu belum kira yg kumpul ikut siri keluaran, ikut susunan gabenor dll. mcm2 jenis la senang ceta.

ok, mcm aku nie sebagai org baru, pada aku simple jer..ideanya adalah.."back to basic". so sebelum aku melangkah lebih jauh atau pilih halatuju aku nie..rasa aku elok aku amik jalan yg asas dulu di mana..pertamanya, sebelum aku mulakan dgn kumpul yg luar negara tu, aku decide yg kumpul yg Malaysia saja dulu. sebabnya rasa aku xperlu la nak explain kat sini kan..pada aku elok kita mulakan dengan syiling dan wang kertas yg ada kaitan dgn sejarah kita dulu sebelum kita pergi pada negara2 lain. yg nie pun rasa aku terlampaulah byk utk nak diexplorekan.

kemudiannya, kita fokuskan lagi, pergi pada syiling dulu..skrg nie fokus aku adalah pada syiling parlimen yg tahun 1967 - 1988 dan juga syiling bunga raya 1988 - sekarang nie..kumpul saja dulu ikut susunan tahun tu bagi semua ada..kat sini saja pun dah ada byk cabaran dgn ambilkira ada tahun2 tertentu dan syiling2 nilai tertentu yg rare dan susah dijumpai. bab nie kena explore sendiri baru ada thrill dan fun nya..secara x langsung kita akan tahu kenapa ianya rare, kenapa pada syiling tu dikeluarkan sebanyak 35 ribu keping sahaja. kenapa ada siling 1 sen dilelong dan dibeli dengan harga +/-RM3 ribu lebih di Singapura. kenapa syiling yg org kata berparit tu susah dah nak jumpa..dan mcm2 lagi la fakta menariknya..

bila dah complete semua susunan syiling tu, barulah ataupun dalam masa yg sama dok kumpul syiling tu, cuba tgk gak kalau2 jumpa syiling yg error lak. Apa tu syiling error? bab nie kira mcm advance sikit pada yg aku kata basic tadi..aku sendiri pun masih peringkat menambahkan lagi ilmu psl nie..cuma skrg nie, asal aku nampak pelik jer syiling tu, mmg aku simpan, ada extra dot ke, ada mcm x cukup sifat jer aku simpan..:)

Kalau utk wang kertas atau banknotes pulak, aku pun ada la juga pelan2 mula simpan, tanyakan kat member2 ke, org2 tua ke, kat kedai2, kat ebay ke kot2 ada terjumpa yg murah2..tapi sebelum melangkah lebih jauh mcm yg aku kata tadi.."back to basic". aku cuba lu kumpulkan ikut siri yg ada dan tandatangan gabenor tu. nie pun rasa aku macam jauh jer lagi langkahnya..tapi xpe..ni lah yg akan buat proses nie sebagai satu hobi yang bermakna. mcm biasa gaklah, sambil2 tu cari gak la mcm yg no prefix yg menarik atau ada error2 tertentu..nie sambil jalan sekali la..

ok, jumpa lagi.

Menjejaki Wang Kertas Lama

Saturday, 9 July 2011

Petang semalam aku ada sembang2 psl nak cari wang kertas lama ngn sorg member aku nih. Dia kata ada satu kedai tu dia atas letak wang kertas lama kat cermin kaunter kedainya..cuba la tanya kot2 dia nak jual ke. So hari nie memandangkan hari cuti dan berkesempatan nak jalan2..aku singgah la kat kedai tu, wat2 beli air soya..hehe. time nak bayar tu mmg aku perasan ada byk la jugak note kertas lama malaysia nie. Aku tanya dia nak jual ke x, dia kata x jual sbb tu bos dia punya..aku cuba la pujuk pembantu kedai tu..katanya x leh, nanti bos dia marah. tgh sembang2 tu, dtg satu org..dia tanya nak beli wang kertas ke sbb dia ada gak sikit2 kalau nak tgk..rupanya tokey kedai sebelah..aku pun ikut dia..dia buka satu album gambar dan tunjuk kat aku..ada la dlm belas2 keping mcm2 note la..sbb aku mmg dah survey harga2 wang kertas nie sblm nie, so boleh la agak2 harga market pricenya..so pendek ceta, ada yg dia nak jual mahal ngn ada la jugak yg murah..setelah deal lebih kurang, aku angkat jugalah dlm 4 5 keping..harga dia bg kat aku pun kira ok la..mampu milik lagi..lagipun bukan senang nak dapat yg masih elok la conditionnya..kalau nak gredkan pun aku x berapa reti la..tp mmg masih berkeadaan baik jugaklah..nak upload gambar pun mcm awal lagi, baru jer nak bermula hobi baru aku nie, maby bila dah byk sikit nanti aku upload la kemudian.

Yg pentingnya nak bgtau, kadang2 peluang mcm nie bukannya dpt selalu, kalau kita x amik, maby dpt kat org lain. xpun kalau kita tangguh2, maby harganya dah meningkat..lagipun tgh ada bajet nie ok la..buat masa skrg nie juga, aku rembat jer mana yg dapat. nak susun ikut gabenor ke apa ke tu kemudian ceta..syok gak rupanya dapat shopping wang kertas lama nie..dpt pegang tu pun rasa mcm puas hati jer..:)

Pawn Stars, American Pickers dan Sejarah Yang Bernilai

Friday, 8 July 2011

Salam,

Akhir-akhir nie mcm best lak layan ceta Pawn Stars ngn American Pickers nie. Rasanya ada gak antara korang yg layan ceta nie kat History Channel di Astro kan? Pada mula-mula dulu aku tgk ceta nie mcm biasa jer, xde yg best mana pun. Cuma aku ada la terpikir gak nape ceta nie ditayang kat History Channel, padahal ceta psl jual barang ngn cari barang lama jer.



Tapi bila dikaji balik, aku rasa sbb apa yg aku berminat tgk ceta nie adalah kerana daripada ceta nie jugalah byk dipaparkan psl sejarah, terutamanya di Amerika la. Daripada syiling-syiling lama, wang lama, senjata antik, dokumen-dokumen lama ngn barang-barang antik yg lain. Dari situ kalau ada yg si tokey pawn star tu x tau, dia akan refer pada expert utk nilai. Sblm expert tu nilai barang2 tu, dia akan ceta la serba sedikit psl barang yg nak dipajak atau dijual tu, tentang sejarahnya dan samaada barang2 tu tulen atau pun palsu. Kadang2 tu, bila dia bgtau harga semasa barang tu, macam x masuk akal pun ada mahalnya. Ni bergantung pada "rare"nya barang tu atau tidak.

Sama la juga ceta American Pickers tu, pasl dua org kawan yg menjelajah pelusuk Amerika utk cari barang2 yg org katakan sebagai lusoh tapi pada mereka adalah bernilai dan boleh wat duit. Asal pada mereka boleh jual jer mesti diorg sapu. So, apa yg aku nak cuba share kat sini adalah..barang2 lama ataupun antik nie, mmg ada sejarahnya yg tersendiri. X kira la walaupun ianya adalah secebis kertas ataupun nota..asal ada signature org2 yg terkenal pada dulu2 dan utk satu2 tujuan, harganya tetap bernilai.

Kalau kita tgk mcm di persekitaran kita di Malaysia pulak. Rasanya sekarang nie x ramai yg amik berat psl sejarah-sejarah lama kita nie..termasuk aku pun. Dulu mana la ada minat tgk barang-barang antik nie..sekadar tgk jela..xdenya nak amik tau psl sejarah di sebalik barang tersebut. Kalau yg berminat nak simpan pun akan cari syiling-syiling lama ngn duit kertas lama, sbbnya ramai yg tau benda nie akan bernilai nanti di kemudian hari atas kapasiti dah x dikeluarkan dan akan makin payah nak jumpa. so logiknya harga akan makin mahal kan kalau simpan. Tapi kalau sebut psl dokumen-dokumen lama yg ada mempunyai nilai sejarah, rasanya x ramai yg nak simpan kecuali yg mmg collector tegar. X pun kalau nak jumpa pun ada la kat muzium kot. Kalau utk orang perseorangan maby kurang rasanya.

Cuba kita amik contoh Keris Taming Sari. Aku pun pada mulanya ingat keris nie dah tinggal dalam lipatan sejarah jer sbb katanya dah hilang kat laut semasa Hang Tuah balik dari nak pinang Tun Teja tapi ditolak tu. Tah betul ke x versi ceta nie aku tau nie. Tapi aku ada terbaca aritu, dalam bulan lepas rasanya, yg Keris Taming Sari nie sebenarnya masih ada dan dah dijadikan salah satu Alat Kebesaran Diraja Kesultanan Negeri Perak dan masih tersimpan elok di Istana Perak. So cuba kita nilaikan harganya..sapa yg boleh agak?? Katakan la Keris Taming Sari di dilelong, sampai berapa harganya org sanggup bid, dengan ambilkira sejarahnya yg rasanya semua org di Malaysia nie patut tau..1 juta? 10 juta? atau setakat puluhan ribu?

Kat sinilah yg aku maksudkan sejarah tu mmg satu benda yang bernilai..:)

Jumpa lagi.

Wang Kertas sempena Sambutan Kemerdekaan Malaysia ke-50

Thursday, 7 July 2011

Salam,

Sebagai seorang newbies yg baru nak bermula menjadi seorang collector ni, aku ada terbaca dalam beberapa blog yg aku jumpa..lebih kurang kesimpulannya seeloknya bermula dengan apa yg ada di sekeliling kita dahulu..dengan kata lain xyah la nak desperate sampai nak membeli mahal2 dari orang atau internet. Lagipun pada peringkat pembelajaran mcm aku nie, byk lagi yg nak kena belajar. Lagipun yg pentingnya janji kita puas ati dgn apa yg kita buat..

So, sambil2 aku dok cari duit syiling parlimen utk projek aku tu..ada la aku terjumpa beberapa note RM50 mcm dlm gambar tu. Rasanya x perlu nak ceta byk sbb semua org tau, tu wang kertas yg dikeluarkan oleh BNM sempenan Sambutan Kemerdekaan Malaysia ke-50. Nak dpt pun rasanya masih lagi senang. Yg aku dapat tu pun time aku kuarkan dari mesin ATM..tetiba je rasa sayang nak guna. Walaupun skrg xdelah nak dikatakan rare sgt, tapi sbb dah x dikeluarkan lg, sikit masa nanti mesti susah gak nak dapat nanti kemudian hari..so simpan jela..Conditionnya yg agak lusuh pun aku x kisah la..biar ada daripada xde langsung..nanti boleh upgrade kalau dah jumpa lagi.

Utk masa masa skrg gak, apa dia punya nombor atau org panggil prefix ni pun aku x kisah sgt, sbb aku tau perjalanan aku dalam bidang nie masih panjang..:)

Jumpa lagi..

Mulakan Projek Syiling

Sambungan ceta, hehe..

Lepas daripada sembang ngn member aku aritu, aku pun tergerak hati nak wat researh kat internet..baca la mcm-mcm kat internet, blog2 org, artikel dll..nampaknya benda nie mmg menarik diexplore lagi..aku jumpa mcm2 term yg agak baru la pada aku yg teramatlah "newbies" dalam bidang nie..antaranya istilah, numismatic, error coin, prefix, gred UNC, replacement notes, rare coin and banknotes, milled edge, security edge dan macam-macam lagi lah..nanti di masa yg akan datang maby bila aku dah paham ngn clear term2 nie semua, boleh la dibuat post nanti utk rujukan aku dan sapa2 yg tersinggah kat blog aku yg x seberapa nie..sama2 share ilmu org kata, xde nak rugi apa pun..:)

so dari situ mulalah paham sikit-sikit, xpe pelan2 kayuh..yg pentingnya aku nampak potensinya di masa akan datang dan ianya merupakan satu hobi yang amat menarik pada aku..

Tanpa berlengah juga, aku pun mulakan projek aku nie yg pertama, iaitu kumpulkan duit syiling ikut susunan tahun..utk parlimen ngn bunga raya sekali..sbb rasa aku yg nie adalah asas yg patut dimulakan dahulu sblm kita pergi jauh mcm otai-otai collector yg lain..back to basic utk dapatkan feel lu..hehe

Jadi bermulalah aku cari duit parlimen nie utk yg 50 sen dan sambil2 tu yg lain2 jugak..tapi, kena prepare la dulu mana tahun2 yg mmg x dikeluarkan oleh BNM..x pasal2 nanti sampai ke sudah x jumpa tahun tu kan nanti..tahap pertama nie juga xdela nak beli syiling2 ni dari org, just cari dan kumpul dari apa yg ada dulu, sambil2 tanya2 member2 ngn jenguk2 tabung diorg..pastu tukar ngn duit kertas, kadang2 kasi lebih sikit kat diorg..saja jer bg diorg pelik..haha

Asalnya juga aku bubuh jer syiling2 setakat yg ada ni kat namecard punya album. tapi mcm x best jer rasanya..kebetulan aritu ada gi jusco kat umah aku..singgah jap kat kedai alatulis..aku beli la album syiling sbb nampak mcm lawa jer kalau dok dlm tu..makin bersemangat lak rasa kumpul syiling ni..so setakat nie, mmg masih lopong lagi la ada tahun2 yg mmg dikategorikan sebagai rare atau payah jumpa tu, xpe..pelan2 kumpul..nak upload gambar ke apa tu rasanya mmg awal lagi..nanti la bila dah nak siap nanti aku upload la gambar2 setakat yg ada nanti..

Sambil2 tu gak rasanya elok gak aku createkan dua kategori kat blog aku nie.."Nota Rujukan" ngn "Artikel/rencana"..just utk rujukan aku ngn share artikel2 menarik yg aku jumpa dalam dok researh2 kat internet tu..share la mana yg bole sambil2 wat naik semangat.

Ok jumpa lagi lain kali..salam..

Pendahuluan

Wednesday, 6 July 2011

Salam,

Aku nie sebenarnya bukan orang yg rajin sgt nak tulis2 kat blog nie. So mungkin xde la nak tulis panjang lebar apa pun. Ni pun wat blog saja untuk tatapan utk masa akan datang..mcm diari jela jugak, xyah nak tulis2 dlm buku pastu ilang..

Untuk berkongsi blog nie sebenarnya psl apa..dlm 2 3 minggu lepas aku ada jumpa member lama..dok sembang2 ngn dia mcm2 topik, pastu dia ada tanya aku ada simpan syiling x..aku cakap ada la sikit2..dia kata bagus, nanti dia nak tengok..pastu kitaorg gi umah aku..dia pun belek2 la syiling-syiling aku tu..aku lak layan astro..kemudian dia bukak la ceta..dia kata skrg nie dia tgh dok wat koleksi syiling yg lama2..yg parlimen la kalau spesifiknya..aku tanya balik, watpe..

Dia ceta lagi, katanya duit-duit syiling yg lama nie, kalau kita simpan lama2, value dia akan meningkat. Amik contoh yg parlimen tu..mana ada kuar dah..benda nie lama-lama akan pupus..lama2 tinggal sikit..aku dengar jer..nampak mcm menarik. Dia sambung lagi, katanya kalau kita perasan, yg parlimen nie makin lama makin payah nak jumpa..silap2 nanti zaman anak cucu kita nanti tgk gambar jela..so, katanya kalaupun dia xde harta nak tinggal kat anak dia, kurang2 koleksi dia ni nanti mungkin akan bernilai utk masa akan datang..

Dia sambung ceta lagi, psl syiling-syiling nie, ada setengah2 tu dah payah sgt nak jumpa, ada tahun2 la yg susah, ikut jumlah yang dikeluarkan bagi tahun2 tu la..aku tanya, mana la nak tau..bab tu katanya kena amik tau la, check kat internet ke, baca buku ke, mcm2 la..aku kata ok la..mungkin aku boleh start juga nanti..cuba kumpul mana yg patut..

Sambil2 tu aku lak ceta psl projek yg aku tgh wat, dok simpan dinar kelantan ngn dinar kelantan..xde la banyak pun, baru nak mula jer pun..nanti la aku cetakan psl nie di post yg lain nanti..pastu dia siap kumpul yg dah diasingkan duit parlilem tu, adala dekat RM10 hinggit campur2..50 sen ada, 20 sen ngn sepuluh sen..5 sen ngn 1 sen rasa aku mcm xde..betul la dia ckp, dlm byk2 aku simpan syiling tu (byk la pada aku tu, hehe)..mcm xde jer 5 sen ngn 1 sen..pastu dia bag RM10 kat aku..kami sembang2 lagi kemudian dia minta beredar..

lepas dia balik tu, aku pun terpikir yg dia dok cakap tadi...to be continued..:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

OhBelog