Selamat Datang

Salam Perkenalan pada semua yang singgah sini..

Misteri Pemilik History Supreme

Sunday, 24 July 2011

Dalam paper arini ada diceritakan mengenai sebuah kapal layar mewah yang paling mahal di dunia, yang dinamakan "History Supreme". Ceta lanjut psl kapal nie boleh baca di bawah. Kapal yang RM15 billion ini disadurkan dengan 100 tan (100,000 kg) emas yang melitupi hampir separuh permukaannya.

Yang menjadi persoalannya sekarang adalah siapakah pemilik kepada History Supreme ini kerana tidak ada dinyatakan secara terperinci identiti pemilik kapal mewah ini. Maklumat daripada internet hanya menyatakan ianya dimiliki oleh "anonymous leading Malaysian businessman". Antara yang dikatakan kemungkinan pemilik kapal ini adalah Tan Sri Ananda Krishnan, Tan Sri Lee Shin Cheng ataupun Tan Sri Robert Kuok.

Apapun, inilah kalau nak dikatakan koleksi yang teramatlah bernilai. Tah2 x bawa belayar pun, dok parking jer nanti, hehe..
.................................................



KAPAL mewah bersadur emas ini dikatakan yang termahal di dunia dengan harganya mencecah RM15 bilion.
Kapal yang direka pereka warga Britain ini dihiasi dengan 100 tan emas, melitupi hampir separuh permukaannya. Dengan panjang kira-kira 30 meter, ia diiktiraf sebagai kapal paling unik di dunia kerana mempunyai tempat tidur yang dilitupi platinum dan mengandungi patung diperbuat daripada tulang Tyrannosaurus Rex, dinosaur maging terbesar.

Geladaknya, dewan makan dan rel penghadangnya juga dibuat daripada besi mahal, termasuk platinum.
History Supreme yang direka oleh tukang emas Liverpool, Stuart Hughes, menyebabkan kapal kemegahan pemilik pasukan bola sepak Chelsea, Roman Abramovich terpinggir.

Eclipse milik Abramovich yang sepanjang kira-kira 174 meter, dilengkapi sistem peluru berpandu serta kapal selam untuk menyelamatkan diri adalah kapal peribadi terbesar. Tetapi dengan harga RM3.75 bilion, ia tidak setanding dengan History Supreme.

Stuart, 40, yang mengambil masa tiga tahun untuk membina ‘History Supreme’ untuk seorang ahli perniagaan Malaysia berkata: “Ia mungkin projek paling besar pernah saya lakukan.” Dia sebelum ini pernah menghasilkan bekas iPhone yang dibuat daripada berlian berharga £5 juta (RM25 juta). “Saya membuat pelbagai bungkusan barangan daripada emas tetapi ini adalah projek terbesar saya sehingga ini. Dan tidak ada lain yang mungkin dapat mengatasinya selepas ini.
“Ahli perniagaan itu datang kepada kami dan bertanya sama ada kami boleh membuatnya. Dia mahu melakukannya pada sebuah pesawat tetapi ia tidak mungkin dapat terbang jika kami melakukannya.

“Lepas itu dia bertanya: ‘Boleh kami lakukannya pada kapal?’ Saya menjawab: ‘Kami akan cuba.’ “Kami hanya melakukan apa yang diminta dan gembira dengan hasilnya. Kapal itu dibina di Itali dan disiapkan sepenuhnya di Malaysia dua minggu lalu.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

OhBelog