Selamat Datang

Salam Perkenalan pada semua yang singgah sini..

Siri Lengkap Wang Kertas Malaysia - Note RM5

Friday, 22 July 2011

Salam,


Kat bawah nie adalah rujukan bagi siri lengkap wang kertas RM5. Senang sikit nanti kalau jumpa kat mana2 org kata nak jual wang kertas note RM5 siri 3 contohnya, dah leh agak dah yg mana satu kan.
Siri Pertama 
Tahun Cetakan : 1967-1972
Tandatangan Gabenor : Tun Ismail Bin Mohamed Ali 
Pencetak : Bradbury Wilkinson & Co, England
Ciri-ciri Khas : Ejaan "DI-PERLAKUKAN", "Gabenor"

Siri Kedua
Tahun Cetakan : 1972-1976
Tandatangan Gabenor : Tun Ismail Bin Mohamed Ali
Pencetak : Bradbury Wilkinson & Co, England
Ciri - ciri Khas : Ejaan "DIPERLAKUKAN", "Gabenur"


Siri Ketiga
Tahun Cetakan : 1976-1981
Tandatangan Gabenor : Tun Ismail Bin Mohamed Ali
Pencetak : Bradbury Wilkinson & Co, England
Ciri-ciri Khas : Tiada lagi simbol $5 pada bucu bahagian hadapan bawah sebelah kiri


Siri Keempat
Tahun Cetakan : 1981-1983
Tandatangan Gabenor : Tan Sri Dato Abdul Aziz Bin Haji Taha
Pencetak : Bradbury Wilkinson & Co, England


Siri Kelima
Tahun Cetakan : 1982-1984
Tandatangan Gabenor : Tan Sri Dato Abdul Aziz Bin Haji Taha
Pencetak : Thomas De La Rue


Siri Keenam


Variety 1
Tahun Cetakan : 1986-1995
Tandatangan Gabenor : Tan Sri Dato’ Jaffar Bin Hussein
Pencetak : Thomas De La Rue
Ciri - ciri Khas : TANPA silver thread (hidden thread) DENGAN tanda cross


Variety 2
Tahun Cetakan : 1986-1995
Tandatangan Gabenor : Tan Sri Dato’ Jaffar Bin Hussein 
Ciri - ciri Khas : DENGAN silver thread DAN tanda cross

Variety 3


Tahun Cetakan : 1986-1995
Tandatangan Gabenor : Tan Sri Dato’ Jaffar Bin Hussein
Ciri - ciri Khas : DENGAN silver thread TANPA tanda cross 

Siri Ketujuh


Variety 1
Tahun Cetakan : 1995-1998
Tandatangan Gabenor : Tan Sri Dato’ Ahmad Bin Mohd Don
Pencetak : Thomas De La Rue 


Variety 2
Tahun Cetakan : 1995-1998
Tandatangan Gabenor : Tan Sri Dato’ Ahmad Bin Mohd Don
Pencetak : Canadian Banknote 

* Note RM5 tidak dikeluarkan bagi Siri Kelapan dan Siri Kesembilan 

Siri Kesepuluh
Tahun Cetakan : 1999
Tandatangan Gabenor : Tan Sri Dato’ Seri Ali Abul Hassan Bin Sulaiman


Siri Kesebelas (Cetakan Kertas)
Tahun Cetakan : 2000
Tandatangan Gabenor : Tan Sri Dato’ Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz


Siri Kesebelas (Cetakan Polimer)
Tahun Cetakan : 2000
Tandatangan Gabenor : Tan Sri Dato’ Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz
Pencetak : NPA Australia


Nota: Sekiranya ada kesilapan fakta, sila maklumkan untuk diperbetulkan.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

OhBelog