Selamat Datang

Salam Perkenalan pada semua yang singgah sini..

Seni Mengumpul Syiling dan Wang Kertas

Wednesday 20 July 2011

Salam,

Kali nie kita sembang2 sikit psl tajuk nie, "Seni Mengumpul Syiling dan Wang Kertas". Mmg kalau kita tgk kat dalam internet nie dan juga yg offline yg xde blog sekalipun, ada mcm2 jenis pengumpul atau collector yang ada. Ada yang mengumpul syiling saja, x kira lama dan baru, ada yg lama saja, ada yg kumpul wang kertas kertas saja, lama ada, baru pun ada. ada yg kumpul yg duit malaysia saja, ada yg luar negara pun ada. ada yg kumpul duit kertas saja tapi fokus pada part2 tertentu. contohnya pada yg error note sahaja, ada yg replacement note saja, ada yg fokus pada no prefixnya saja, termasuklah no. radar dll. tu belum kira yg kumpul ikut siri keluaran, ikut susunan gabenor dll. mcm2 jenis la senang ceta.

ok, mcm aku nie sebagai org baru, pada aku simple jer..ideanya adalah.."back to basic". so sebelum aku melangkah lebih jauh atau pilih halatuju aku nie..rasa aku elok aku amik jalan yg asas dulu di mana..pertamanya, sebelum aku mulakan dgn kumpul yg luar negara tu, aku decide yg kumpul yg Malaysia saja dulu. sebabnya rasa aku xperlu la nak explain kat sini kan..pada aku elok kita mulakan dengan syiling dan wang kertas yg ada kaitan dgn sejarah kita dulu sebelum kita pergi pada negara2 lain. yg nie pun rasa aku terlampaulah byk utk nak diexplorekan.

kemudiannya, kita fokuskan lagi, pergi pada syiling dulu..skrg nie fokus aku adalah pada syiling parlimen yg tahun 1967 - 1988 dan juga syiling bunga raya 1988 - sekarang nie..kumpul saja dulu ikut susunan tahun tu bagi semua ada..kat sini saja pun dah ada byk cabaran dgn ambilkira ada tahun2 tertentu dan syiling2 nilai tertentu yg rare dan susah dijumpai. bab nie kena explore sendiri baru ada thrill dan fun nya..secara x langsung kita akan tahu kenapa ianya rare, kenapa pada syiling tu dikeluarkan sebanyak 35 ribu keping sahaja. kenapa ada siling 1 sen dilelong dan dibeli dengan harga +/-RM3 ribu lebih di Singapura. kenapa syiling yg org kata berparit tu susah dah nak jumpa..dan mcm2 lagi la fakta menariknya..

bila dah complete semua susunan syiling tu, barulah ataupun dalam masa yg sama dok kumpul syiling tu, cuba tgk gak kalau2 jumpa syiling yg error lak. Apa tu syiling error? bab nie kira mcm advance sikit pada yg aku kata basic tadi..aku sendiri pun masih peringkat menambahkan lagi ilmu psl nie..cuma skrg nie, asal aku nampak pelik jer syiling tu, mmg aku simpan, ada extra dot ke, ada mcm x cukup sifat jer aku simpan..:)

Kalau utk wang kertas atau banknotes pulak, aku pun ada la juga pelan2 mula simpan, tanyakan kat member2 ke, org2 tua ke, kat kedai2, kat ebay ke kot2 ada terjumpa yg murah2..tapi sebelum melangkah lebih jauh mcm yg aku kata tadi.."back to basic". aku cuba lu kumpulkan ikut siri yg ada dan tandatangan gabenor tu. nie pun rasa aku macam jauh jer lagi langkahnya..tapi xpe..ni lah yg akan buat proses nie sebagai satu hobi yang bermakna. mcm biasa gaklah, sambil2 tu cari gak la mcm yg no prefix yg menarik atau ada error2 tertentu..nie sambil jalan sekali la..

ok, jumpa lagi.

3 comments:

Nsdk said...

Salam ...
Agaknya sekarang nie dah banyaklah koleksi ya. Memang mencabar hobi ni. Saya pun dah terjebak dengan syiling error dan rare. Boleh kita sama-sama share tentang syiling error.

Unknown said...

sy ada 10sen 20sen kertas 1941 brpa harga jualan.... klau minat hub..0123762242 azman

Unknown said...

Salam..sye ade duit kertas rm100 gabenor zeti aziz yg error klo berminat wassap sye. 017-3193582 (din)..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

OhBelog