Selamat Datang

Salam Perkenalan pada semua yang singgah sini..
Showing posts with label Syiling Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Syiling Malaysia. Show all posts

Duit Syiling 5 Sen Baru Malaysia Siri Ketiga - Destar Siga

Tuesday, 26 July 2011


Imej pandangan hadapan dan belakang duit syling 5 sen Malaysia siri ketiga

Destar Siga


Kain destar siga merupakan sejenis tenunan kain asli suku kaum Kadazan Dusun di Sabah. Ia biasanya dijadikan sebagai hiasan kepala dalam majlis tradisi mereka. Kain hiasan kepala ini ditenun terutamanya dengan benang hitam dan diserikan dengan benang pelbagai warna bercorak geometri serta motif yang diilhamkan daripada flora dan fauna. Dengan berlatarkan motif sulur kacang, destar siga menjadi corak utama pada duit syiling 5 sen baharu.

Spesifikasi Teknikal
Nilai Muka
50 sen
20 sen
10 sen
5 sen
Logam
Nikel Loyang Bersalut Kuprum
Nikel Loyang
Keluli Tahan Karat
Keluli Tahan Karat
Garis pusat (mm)
22.65
20.60
18.80
17.78
Berat (gram)
5.66
4.18
2.98
1.72

Sumber: www.bnm.gov.my

Duit Syiling 10 Sen Baru Malaysia Siri Ketiga - Orang Asli


Imej pandangan hadapan dan belakang duit syling 10 sen Malaysia siri ketiga

Motif Orang Asli

Orang Asli di Malaysia cukup terkenal dengan kemahiran seni anyaman daun-daun dan tumbuhan setempat untuk dijadikan perhiasan seperti hiasan kepala, selempang dan skirt yang dipakai di upacara dan majlis tradisional. Setiap kaum memiliki corak anyaman tersendiri yang lazimnya diilhamkan daripada sistem kepercayaan dan persekitaran mereka. Duit syiling 10 sen baharu mengabadikan seni warisan ini dalam bentuk corak anyaman unik suku kaum Mah Meri di Semenanjung Malaysia.

Spesifikasi Teknikal
Nilai Muka
50 sen
20 sen
10 sen
5 sen
Logam
Nikel Loyang Bersalut Kuprum
Nikel Loyang
Keluli Tahan Karat
Keluli Tahan Karat
Garis pusat (mm)
22.65
20.60
18.80
17.78
Berat (gram)
5.66
4.18
2.98
1.72


Duit Syiling 20 Sen Baru Malaysia Siri Ketiga - Bunga Melur


Imej pandangan hadapan dan belakang duit syling 20 sen Malaysia siri ketiga

Bunga Melur
Bunga melur mendapat tempat yang istimewa dalam kebudayaan tiga kaum utama di Malaysia. Keharuman bunga ini menjadikannya sebagai satu elemen penting dalam majlis tradisional seperti majlis perkahwinan dan acara keagamaan. Motif bunga melur juga sering terdapat pada hasil kesenian dan pertukangan tangan tradisional seperti sulaman dan ukiran perak. Pada duit syiling 20 sen baharu ini, bunga melur dipaparkan dengan berlatarkan motif kain destar siga.

Spesifikasi Teknikal
Nilai Muka
50 sen
20 sen
10 sen
5 sen
Logam
Nikel Loyang Bersalut Kuprum
Nikel Loyang
Keluli Tahan Karat
Keluli Tahan Karat
Garis pusat (mm)
22.65
20.60
18.80
17.78
Berat (gram)
5.66
4.18
2.98
1.72

Duit Syiling 50 Sen Baru Malaysia Siri Ketiga - Sulur Kacang


Imej pandangan hadapan dan belakang duit syling 50 sen Malaysia siri ketiga

Sulur Kacang


Motif sulur kacang pada duit syiling 50 sen amat terkenal kerana sering digunakan oleh para pengukir dalam seni ukiran kayu dan perak mereka. Kelembutan lingkaran dan juntaian pokok kacang tergambar dalam ukiran pada barang kemas, peti, dan juga pada bahagian-bahagian rumah kayu tradisional seperti muka pintu, bingkai tingkap serta panel kayu pada dinding rumah. Garisan halus pada latar belakang motif merupakan sebahagian daripada ciri keselamatan.

Ciri Keselamatan
Image pendam duit syiling 50 sen akan kelihatan apabila duit syiling tersebut disendeng pada sudut yang berlainan.
Imej menunjukkan ciri keselamatan duit syiling 50 sen Malaysia siri ketiga

Spesifikasi Teknikal
Nilai Muka
50 sen
20 sen
10 sen
5 sen
Logam
Nikel Loyang Bersalut Kuprum
Nikel Loyang
Keluli Tahan Karat
Keluli Tahan Karat
Garis pusat (mm)
22.65
20.60
18.80
17.78
Berat (gram)
5.66
4.18
2.98
1.72

Duit Syiling Baru Malaysia Siri Ketiga

Akhirnya..penantian telah berakhir..memang cun dan menarik..xnak komen panjang2..leh baca kat bawah k..:)


Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan duit syiling peringatan baharu sempena pengeluaran Siri Ketiga duit syiling Malaysia yang akan berada dalam edaran pada awal tahun depan. Dilancarkan hari ini oleh Gabenor Bank Negara Malaysia, duit syiling peringatan yang dikeluarkan adalah dalam denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen.  
Ciri-ciri unik yang mencorakkan budaya dan warisan negara menjadi sumber inspirasi reka bentuk duit syiling siri baharu ini. Motif reka bentuk duit syiling ini memaparkan keindahan alam semula jadi, flora dan fauna dan seni kraf tangan tradisional yang terdapat di Malaysia.
Siri baharu duit syiling ini lebih kecil dan ringan untuk memudahkan orang ramai menggunakannya. Duit syiling berwarna kuning dan perak ini juga mempunyai sisi tepi yangberbeza-beza bagi memudahkan orang ramai dan mereka yang kurang upaya penglihatan untuk mengenali dan membezakan dengan lebih baik jenis-jenis duit syiling yang berlainan. Duit syiling baharu ini dibuat dengan menggunakan kemajuan terkini dalam teknologi pembuatan duit syiling dengan memasukkan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik untuk mengelak daripada pemalsuan. Logam baharu yang digunakan untuk membuat duit syiling ini adalah dari jenis yang lebih berkualiti dan tahan lama.
Bank Negara Malaysia mengeluarkan set duit syiling peringatan (BrilliantUncirculated) sebanyak 500,000 secara berperingkat-peringkat yang dipakej secara khas dan akan dijual pada harga RM10.00 bagi setiap set. Butiran terperinci berkaitan spesifikasi duit syiling peringatan adalah seperti di Lampiran 1.

RekaBentuk Duit Syiling

  • Bahagian Hadapan Duit Syiling
Motif untuk denominasi 5 sen, 10 sen dan 20 sen memaparkan empat belas titik yang melambangkan tiga belas Negeri serta Wilayah Persekutuan. Motif untuk duit syiling 50 sen mempunyai lima garis mendatar yang melambangkan lima prinsip Rukun Negara. 
  • Motif bagi setiap denominasiadalah seperti yang berikut:
Denominasi
Ikon
50 sen
Sulur Kacang
20 sen
Bunga Melur
10 sen
Orang Asli Motif
5 sen
Destar Siga


  • Bahagian Belakang Duit Syiling
Bahagian belakang semua duit syiling 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen memaparkan motif yang sama iaitu bunga raya, yang merupakan bunga kebangsaan dan angka yang menunjukkan tahun penempaan, nilai muka duit syiling dan perkataan 'Bank Negara Malaysia 'sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling.
Siri baharu duit syiling ini adalah sah diperlakukan dan akan berada dalam edaran bersama-sama dengan siri yang sedia ada. Siri yang sedia ada akan dikeluarkan daripada edaran secara beransur-ansur.
Bank Negara Malaysia akan bekerjasama rapat dengan institusi-institusi kewangan, perniagaan dan vendor yang mengendalikan wang tunai untuk memastikan peralihan yang lancar siri baharu ini. Vendor yang mengendalikan mesin wang tunai akan diberikan tempoh selama enam bulan untuk mengubah suai mesin mereka bagi memudahkan penggunaan duit syiling baharu ini dengan mudah. 
Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan Siri Keempat wang kertas baharu pada bulan September tahun ini. 

Lokasi Jualan

Duit syiling peringatan ini ditempa dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia dan akan mula dijual dari 26 Julai 2011 di ibu pejabat Bank Negara Malaysia (BNMLINK) dan cawangannya di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching.



Syiling 50 Sen nie kira error ke apa nie?

Saturday, 23 July 2011

Dua tiga hari lepas sblm aku gi outstation, member aku ajak gi umah dia..dia pun tau aku tgh dok cari syiling-syiling parlimen nie. Katanya ada banyak, sebelum dia masukkan ke bank, boleh la kalau nak tukar. Pendek ceta dlm dok asing2 syiling tu, terjumpa sekeping syiling 50 sen nie. Nak kata error ke apa nie aku pun x sure.. layan jela gambar lu k..


Tapi bila diteliti betul2, nampak seakan-akan ada bayang yg tahunnya sepatutnya "2005". kira angka 5 tu macam ada tapi x timbul dan rata..nak kata mcm ada org kikis pun mcm x logik sbb xde kesan apa kat lapisan permukaannya..rata dan elok jer..

apapun, simpan jela dulu, mana tau bernilai nanti, hehe..

Seni Mengumpul Syiling dan Wang Kertas

Wednesday, 20 July 2011

Salam,

Kali nie kita sembang2 sikit psl tajuk nie, "Seni Mengumpul Syiling dan Wang Kertas". Mmg kalau kita tgk kat dalam internet nie dan juga yg offline yg xde blog sekalipun, ada mcm2 jenis pengumpul atau collector yang ada. Ada yang mengumpul syiling saja, x kira lama dan baru, ada yg lama saja, ada yg kumpul wang kertas kertas saja, lama ada, baru pun ada. ada yg kumpul yg duit malaysia saja, ada yg luar negara pun ada. ada yg kumpul duit kertas saja tapi fokus pada part2 tertentu. contohnya pada yg error note sahaja, ada yg replacement note saja, ada yg fokus pada no prefixnya saja, termasuklah no. radar dll. tu belum kira yg kumpul ikut siri keluaran, ikut susunan gabenor dll. mcm2 jenis la senang ceta.

ok, mcm aku nie sebagai org baru, pada aku simple jer..ideanya adalah.."back to basic". so sebelum aku melangkah lebih jauh atau pilih halatuju aku nie..rasa aku elok aku amik jalan yg asas dulu di mana..pertamanya, sebelum aku mulakan dgn kumpul yg luar negara tu, aku decide yg kumpul yg Malaysia saja dulu. sebabnya rasa aku xperlu la nak explain kat sini kan..pada aku elok kita mulakan dengan syiling dan wang kertas yg ada kaitan dgn sejarah kita dulu sebelum kita pergi pada negara2 lain. yg nie pun rasa aku terlampaulah byk utk nak diexplorekan.

kemudiannya, kita fokuskan lagi, pergi pada syiling dulu..skrg nie fokus aku adalah pada syiling parlimen yg tahun 1967 - 1988 dan juga syiling bunga raya 1988 - sekarang nie..kumpul saja dulu ikut susunan tahun tu bagi semua ada..kat sini saja pun dah ada byk cabaran dgn ambilkira ada tahun2 tertentu dan syiling2 nilai tertentu yg rare dan susah dijumpai. bab nie kena explore sendiri baru ada thrill dan fun nya..secara x langsung kita akan tahu kenapa ianya rare, kenapa pada syiling tu dikeluarkan sebanyak 35 ribu keping sahaja. kenapa ada siling 1 sen dilelong dan dibeli dengan harga +/-RM3 ribu lebih di Singapura. kenapa syiling yg org kata berparit tu susah dah nak jumpa..dan mcm2 lagi la fakta menariknya..

bila dah complete semua susunan syiling tu, barulah ataupun dalam masa yg sama dok kumpul syiling tu, cuba tgk gak kalau2 jumpa syiling yg error lak. Apa tu syiling error? bab nie kira mcm advance sikit pada yg aku kata basic tadi..aku sendiri pun masih peringkat menambahkan lagi ilmu psl nie..cuma skrg nie, asal aku nampak pelik jer syiling tu, mmg aku simpan, ada extra dot ke, ada mcm x cukup sifat jer aku simpan..:)

Kalau utk wang kertas atau banknotes pulak, aku pun ada la juga pelan2 mula simpan, tanyakan kat member2 ke, org2 tua ke, kat kedai2, kat ebay ke kot2 ada terjumpa yg murah2..tapi sebelum melangkah lebih jauh mcm yg aku kata tadi.."back to basic". aku cuba lu kumpulkan ikut siri yg ada dan tandatangan gabenor tu. nie pun rasa aku macam jauh jer lagi langkahnya..tapi xpe..ni lah yg akan buat proses nie sebagai satu hobi yang bermakna. mcm biasa gaklah, sambil2 tu cari gak la mcm yg no prefix yg menarik atau ada error2 tertentu..nie sambil jalan sekali la..

ok, jumpa lagi.

Tahun Pengeluaran Lengkap - Syiling 20 Sen

Sunday, 17 July 2011

Kat bawah nie pula adalah senarai lengkap yang dikeluarkan bagi syiling 20 sen.


Senarai Syiling 20 sen yang dikeluarkan oleh BNM adalah:

Parlimen (1967 - 1988) 


Tahun Pengeluaran: 1967, 1968, 1969, 1970, 1971, 1973, 1976, 1977, 1978, 1979, 1980, 1981, 1982, 1987, 1988

Bunga Raya (1989 - 2011) 


Tahun Pengeluaran: 1989, 1990, 1991, 1992, 1993, 1994, 1997, 1998, 2000, 2001, 2002, 2004, 2005, 2006, 2007, 2008, 2009, 2010, 2011



Tahun tiada pengeluaran oleh BNM: 1972, 1974, 1975, 1983, 1984, 1985, 1986, 1995, 1996, 1999, 2003,


Nota: Maklumat yg aku nyatakan ini adalah berdasarkan kepada rujukan dan hasil pembacaan yang dibuat. Sekiranya ada sebarang kesalahan harap dapat dimaklumkan untuk pembetulan k.

Tahun Pengeluaran Lengkap - Syiling 50 Sen

Untuk rujukan aku dan pembaca blog supaya senang sikit utk guide. Sori buat masa nie xleh lagi nak letakkan gambar syiling koleksi aku sbb byk lagi lopongnya..maby nextime dah lengkap bolehla diletakkan..:) Untuk senarai lengkap tempaan atau jumlah yang dikeluarkan nanti aku akan buat entry yg lain k. Kat situ nanti kita akan nampak kenapa tahun2 tertentu tu dikatakan sebagai "rare".


Senarai Syiling 50 sen yang dikeluarkan oleh BNM adalah:


50 sen Parlimen (1967 - 1988) 


Tahun Pengeluaran: 1967, 1968, 1969, 1971, 1973, 1977, 1978, 1979, 1980, 1981, 1982, 1983, 1984, 1985, 1986, 1987, 1988


Syiling 50 sen Bunga Raya (1989 - 2011)


Tahun Pengeluaran: 1989, 1990, 1991, 1992, 1993, 1994, 1995, 1996, 1997, 1998, 1999, 2000, 2001, 2002, 2003, 2004, 2005, 2007, 2008, 2009, 2010, 2011




Tahun tiada pengeluaran oleh BNM: 1970, 1972, 1974, 1975, 1976, 2006






Nota: Maklumat yg aku nyatakan ini adalah berdasarkan kepada rujukan dan hasil pembacaan yang dibuat. Sekiranya ada sebarang kesalahan harap dapat dimaklumkan untuk pembetulan k.

Mulakan Projek Syiling

Thursday, 7 July 2011

Sambungan ceta, hehe..

Lepas daripada sembang ngn member aku aritu, aku pun tergerak hati nak wat researh kat internet..baca la mcm-mcm kat internet, blog2 org, artikel dll..nampaknya benda nie mmg menarik diexplore lagi..aku jumpa mcm2 term yg agak baru la pada aku yg teramatlah "newbies" dalam bidang nie..antaranya istilah, numismatic, error coin, prefix, gred UNC, replacement notes, rare coin and banknotes, milled edge, security edge dan macam-macam lagi lah..nanti di masa yg akan datang maby bila aku dah paham ngn clear term2 nie semua, boleh la dibuat post nanti utk rujukan aku dan sapa2 yg tersinggah kat blog aku yg x seberapa nie..sama2 share ilmu org kata, xde nak rugi apa pun..:)

so dari situ mulalah paham sikit-sikit, xpe pelan2 kayuh..yg pentingnya aku nampak potensinya di masa akan datang dan ianya merupakan satu hobi yang amat menarik pada aku..

Tanpa berlengah juga, aku pun mulakan projek aku nie yg pertama, iaitu kumpulkan duit syiling ikut susunan tahun..utk parlimen ngn bunga raya sekali..sbb rasa aku yg nie adalah asas yg patut dimulakan dahulu sblm kita pergi jauh mcm otai-otai collector yg lain..back to basic utk dapatkan feel lu..hehe

Jadi bermulalah aku cari duit parlimen nie utk yg 50 sen dan sambil2 tu yg lain2 jugak..tapi, kena prepare la dulu mana tahun2 yg mmg x dikeluarkan oleh BNM..x pasal2 nanti sampai ke sudah x jumpa tahun tu kan nanti..tahap pertama nie juga xdela nak beli syiling2 ni dari org, just cari dan kumpul dari apa yg ada dulu, sambil2 tanya2 member2 ngn jenguk2 tabung diorg..pastu tukar ngn duit kertas, kadang2 kasi lebih sikit kat diorg..saja jer bg diorg pelik..haha

Asalnya juga aku bubuh jer syiling2 setakat yg ada ni kat namecard punya album. tapi mcm x best jer rasanya..kebetulan aritu ada gi jusco kat umah aku..singgah jap kat kedai alatulis..aku beli la album syiling sbb nampak mcm lawa jer kalau dok dlm tu..makin bersemangat lak rasa kumpul syiling ni..so setakat nie, mmg masih lopong lagi la ada tahun2 yg mmg dikategorikan sebagai rare atau payah jumpa tu, xpe..pelan2 kumpul..nak upload gambar ke apa tu rasanya mmg awal lagi..nanti la bila dah nak siap nanti aku upload la gambar2 setakat yg ada nanti..

Sambil2 tu gak rasanya elok gak aku createkan dua kategori kat blog aku nie.."Nota Rujukan" ngn "Artikel/rencana"..just utk rujukan aku ngn share artikel2 menarik yg aku jumpa dalam dok researh2 kat internet tu..share la mana yg bole sambil2 wat naik semangat.

Ok jumpa lagi lain kali..salam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

OhBelog