Selamat Datang

Salam Perkenalan pada semua yang singgah sini..

$50 Siri Ke-7 Ahmad Mohd Don

Sunday, 7 August 2011

Yang siri ke-7 nie keadaan note nie elok lagi. Aku dapat pun sebenarnya sekali dengan yg siri ke-6 yg aku post sebelum nie. Satu harga berbaloi utk dua keping sekaligus aku rembat. Set dua kepng note nilah juga sebenarnya antara koleksi aku yg terawal.

$50 Siri Ke-7 Sign Tan Sri Dato’ Ahmad Bin Mohd Don Pencetak Thomas De La Rue

Utk senarai lengkap siri RM50 boleh jenguk kat SINI

$50 Siri Ke-6 Jaafar Hussein

Post kali nie dan 2 3 post kemudian nie aku masukkan beberapa note RM50 dalam koleksi aku utk lengkapkan koleksi note 50 nie. Tgh2 xde idea nak post apa nie aku letak jela gambar2 duit ni. Yg siri ke-6 nie nanti aku cuba check balik sbb rasa aku ada lagi variety lain iaitu pencetak yg lan selain Thomas De La Rue nie. Kalau sapa-sapa ada info mungkin boleh update k. Untuk siri lengkap wang note RM50 boleh rujuk post sebelum ni kat SINI

$50 Siri ke-6 Sign Tan Sri Dato’ Jaffar Bin Hussein Pencetak Thomas De La Rue

Lagi Koleksi RM10 - Siri 5, Siri 10, Siri 11 (without security thread)

Wednesday, 3 August 2011

Salam,


Tgh free mlm nie, aku upload lagi koleksi RM10 aku yg ada nie..utk cukupkan Siri Lengkap Wang Kertas Malaysia Note RM10. Boleh rujuk kat SINI untuk detailnya.



$10 Siri Kelima Tan Sri Dato Abdul Aziz Taha Pencetak Thomas De La Rue



RM10 Siri Kesepuluh Ali Abul Hassan (sign tengah) 



RM10 Siri Kesebelas Zeti Akhtar Aziz (tanpa security thread)



Yang lain-lain tu akan menyusul kemudian, pelan-pelan..:)

Siri Lengkap Wang Kertas Malaysia - Note RM50

Saturday, 30 July 2011

Post kali nie mengenai Siri Lengkap Wang Kertas Malaysia bagi Note RM50. Mcm biasalah, untuk rujukan aku yg beginner ni dan sapa-sapa yang berminat nak rujuk. 


Contoh gambar duit tu aku akan update dari masa ke semasa berdasarkan koleksi aku sendiri. Ini juga untuk thrill dan sebagai cabaran pada aku gak. Lagipun mana best copy2 org punya kan, hehe.

Siri Pertama
Tahun Cetakan : 1967-1972
Tandatangan Gabenor : Tun Ismail Bin Mohamed Ali
Pencetak : Thomas De La Rue
Ciri-ciri Khas : Ejaan "Di-perlakukan", "Lima Puloh Ringgit", "Gabenor"

Siri Kedua
Tahun Cetakan : 1972-1976
Tandatangan Gabenor : Tun Ismail Bin Mohamed Ali
Pencetak : Thomas De La Rue
Ciri-ciri Khas : Ejaan "Diperlakukan", "Lima Puluh Ringgit", "Gabenur"
Contoh adalah seperti di bawah:

Siri Ketiga
Tahun Cetakan : 1976-1981
Tandatangan Gabenor : Tun Ismail Bin Mohamed Ali
Pencetak : Bradbury, Wilkinson & Co
Contoh adalah seperti di bawah:

Siri Keempat
Tahun Cetakan : 1981-1983
Tandatangan Gabenor : Tan Sri Dato Abdul Aziz Bin Haji Taha
Pencetak : Thomas De La Rue

Siri Kelima
Tahun Cetakan : 1983-1986
Tandatangan Gabenor : Tan Sri Dato Abdul Aziz Bin Haji Taha
Pencetak : Thomas De La Rue

Siri Keenam (Variety 1)
Tahun Cetakan : 1986-1995
Tandatangan Gabenor : Tan Sri Dato’ Jaffar Bin Hussein
Pencetak : Thomas De La Rue
Contoh adalah seperti di bawah:


Siri Keenam (Variety 2)
Tahun Cetakan : 1986-1995
Tandatangan Gabenor : Tan Sri Dato’ Jaffar Bin Hussein
Pencetak : BA Banknote


Siri Ketujuh
Tahun Cetakan : 1995-1998
Tandatangan Gabenor : Tan Sri Dato’ Ahmad Bin Mohd Don
Pencetak : Thomas De La Rue
Contoh adalah seperti di bawah:

Siri Kelapan (Variety 1)
Tahun Cetakan: 1996-1998
Tandatangan Gabenor : Tan Sri Dato’ Ahmad Bin Mohd Don
Ciri-ciri Khas: Tandatangan Gabenor sebelah tepi.

Siri Kelapan (Variety 2)
Tahun Cetakan: 1996-1998
Tandatangan Gabenor : Tan Sri Dato’ Ahmad Bin Mohd Don
Ciri-ciri Khas: Cetakan Polimer. Wang Peringatan Sempena Sukan Commonwealth Kuala Lumpur 1998

Siri Kesembilan
Tahun Cetakan : 1999
Tandatangan Gabenor : Tan Sri Dato’ Seri Ali Abul Hassan Bin Sulaiman 
Ciri-ciri Khas: Tandatangan Gabenor Sebelah Tepi

Siri Kesepuluh
Tahun Cetakan : 1999
Tandatangan Gabenor : Tan Sri Dato’ Seri Ali Abul Hassan Bin Sulaiman
Ciri-ciri Khas: Tandatangan Gabenor Bahagian Tengah

Siri Kesebelas
Tahun Cetakan : 2000
Tandatangan Gabenor : Tan Sri Dato’ Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz

Siri Kedua Belas
Tahun Cetakan : 2008
Tandatangan Gabenor : Tan Sri Dato’ Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz
Ciri-ciri Khas: Logo 50th Tahun Kemerdekaan di Muka Belakang)

Nota: Berkemungkinan aku ada terlepas pandang berhubung dengan variety yg ada bagi siri-siri pengeluaran tertentu terutamanya bagi pencetak yg berlainan. Sapa-sapa yg ada info boleh maklumkan utk aku update nanti. 

Koleksi RM10 Siri 2, 3, 7, 9

Friday, 29 July 2011

Kali nie just nak share beberapa keping Note RM10 yg ada dalam koleksi aku nie. Conditionnya ada yg ok dan ada yang kurang skit..nak letak gred brapa pun x berapa nak reti lagi, boleh nilaikan sendiri. Koleksi yg ada nie juga aku akan letakkan sebagai contoh utk note aku sebelum ni psl "Siri Lengkap wang kertas malaysia Note RM10. Boleh baca balik kat SINI kalau nak. Nanti dari masa ke semasa aku akan update contohnya sampai siap berdasarkan koleksi aku nanti.


Boleh aje kalau nak ceduk contoh duit nie dari internet, tapi x nak la, x thrill, hehe. 



$10 Siri Kedua Tun Ismail Pencetak Thomas De La Rue

$10 Siri Ketiga Tun Ismail Pencetak Bradbury, Wilkinson & Co

$10 Siri Ketujuh Ahmad Mohd Don Pencetak Francois - Charles Oberthur

RM10 Siri Kesembilan Ali Abul Hassan 


Duit Syiling 5 Sen Baru Malaysia Siri Ketiga - Destar Siga

Tuesday, 26 July 2011


Imej pandangan hadapan dan belakang duit syling 5 sen Malaysia siri ketiga

Destar Siga


Kain destar siga merupakan sejenis tenunan kain asli suku kaum Kadazan Dusun di Sabah. Ia biasanya dijadikan sebagai hiasan kepala dalam majlis tradisi mereka. Kain hiasan kepala ini ditenun terutamanya dengan benang hitam dan diserikan dengan benang pelbagai warna bercorak geometri serta motif yang diilhamkan daripada flora dan fauna. Dengan berlatarkan motif sulur kacang, destar siga menjadi corak utama pada duit syiling 5 sen baharu.

Spesifikasi Teknikal
Nilai Muka
50 sen
20 sen
10 sen
5 sen
Logam
Nikel Loyang Bersalut Kuprum
Nikel Loyang
Keluli Tahan Karat
Keluli Tahan Karat
Garis pusat (mm)
22.65
20.60
18.80
17.78
Berat (gram)
5.66
4.18
2.98
1.72

Sumber: www.bnm.gov.my

Duit Syiling 10 Sen Baru Malaysia Siri Ketiga - Orang Asli


Imej pandangan hadapan dan belakang duit syling 10 sen Malaysia siri ketiga

Motif Orang Asli

Orang Asli di Malaysia cukup terkenal dengan kemahiran seni anyaman daun-daun dan tumbuhan setempat untuk dijadikan perhiasan seperti hiasan kepala, selempang dan skirt yang dipakai di upacara dan majlis tradisional. Setiap kaum memiliki corak anyaman tersendiri yang lazimnya diilhamkan daripada sistem kepercayaan dan persekitaran mereka. Duit syiling 10 sen baharu mengabadikan seni warisan ini dalam bentuk corak anyaman unik suku kaum Mah Meri di Semenanjung Malaysia.

Spesifikasi Teknikal
Nilai Muka
50 sen
20 sen
10 sen
5 sen
Logam
Nikel Loyang Bersalut Kuprum
Nikel Loyang
Keluli Tahan Karat
Keluli Tahan Karat
Garis pusat (mm)
22.65
20.60
18.80
17.78
Berat (gram)
5.66
4.18
2.98
1.72


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

OhBelog