Selamat Datang

Salam Perkenalan pada semua yang singgah sini..

Edisi terakhir News of the World dibida pada harga RM141 senaskhah

Monday 11 July 2011

Dalam paper Kosmo hari nie ada ceta psl Edisi Terakhir News of the World yang dibida pada harga RM141 senaskhah. Aku rasa tertarik utk nak ulas psl nie sbb aku baru saja post pasal "rare item" sebelum nie dan ada juga akan post psl suratkhabar termahal di dunia. Boleh tgk balik post tu nanti. Bagi sapa-sapa yg follow ceta psl kenapa tabloid terlaris di Britain nie rasanya tau sebab apa Rupert Mordoch tu nak stop kuarkan paper ni kan. Kat bawah nie pun ada dinyatakan sbb skandal pengintipan perbualan telefon oleh editor tabloid nie dan siasatan yang dijalankan.

Aku bukannya nak ceta detail psl ni. Ringkasnya, dengan mengambilkira ini adalah merupakan edisi terakhir dan paper nie tidak akan dikeluarkan lagi. Pada aku xde peliknya harga RM141 senaskhah tu, bahkan aku rasa murah sgt dengan mengambilkira nilainya dimasa yg akan datang dan merupakan salah satu koleksi yang menarik dan berbaloi untuk dimiliki pada sekarang ini. 



SEORANG lelaki membaca naskhah akhir akhbar yang sudah berada di pasaran selama 168 tahun itu.


LONDON - Edisi terakhir tabloid nombor satu Britain, News of the World kelmarin dijual di laman lelongan ebay pada harga mencecah AS$47 (RM141) senaskhah, lapor sebuah akhbar semalam.
Edisi terakhir News of the World itu menjadi rebutan di laman web berkenaan selepas akhbar itu habis dijual dalam tempoh cuma beberapa jam berada di pasaran.
Lebih empat juta naskhah akhbar itu habis dijual kelmarin, sekali gus menjadikannya jualan akhbar paling laris di Britain dalam tempoh satu dekad.
Akhbar berkenaan yang dimiliki oleh taikun media Amerika Syarikat (AS), Rupert Murdoch ditutup bermula semalam kerana dikaitkan dengan skandal pengintipan perbualan telefon melibatkan lebih 4,000 mangsa.
"Orang ramai berebut untuk membeli edisi terakhir News of The World sebaik sahaja kedai dibuka," kata seorang peniaga tempatan yang memberitahu akhbar tersebut habis dijual seawal pukul 8 pagi.
Akhbar yang ditutup oleh pemiliknya, News International itu mengetengahkan tajuk: Thank You & Goodbye.- Agensi

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

OhBelog