Selamat Datang

Salam Perkenalan pada semua yang singgah sini..

RM50 Siri Kesepuluh - Member kasik nie..

Monday 26 September 2011

Salam,


lama juga rasanya x update blog nie. Pas raya nie rasanya bukan time yg sesuai nak carik duit wat simpan nie..mode jimat cermat lu sementara waktu..:)


Hari nie tgh dok sibuk2 wat keja..datang sorg member bagi sekeping note RM50..dia mmg tau aku simpan duit2 nie. so, bila signnya bukan Zeti, dia offer la kat aku..bukan bagi free sebenarnya..kira tukar RM50 gak la duit biasa..:) mana ada org nak bagi duit free2 nie, nak2 time pas raya nie..


so, sbb dah lama x update blog, aku post gak la..lagipun duit RM50 Ali Abul sign tengah nie aku blum ada lagi, conditionnya pun ok..



RM50 Siri Kesepuluh Sign Ali Abul Hassan

Nanti bila2 free nak upload lak duit RM100 yg dpt time raya aritu..:)

Pertama dan Terakhir 10 Ringgit

Tuesday 16 August 2011


Dalam banyak2 10 ringgit nie, yg paling best kalau ada mestilah yg pertama dikeluarkan. yg ni lah kena cari dulu sebenarnya kalau nak mula start kumpul note RM10 nie sampai lengkap. Sebabnya yg "sa-puloh ringgit" tu. xtau la nape, tp mmg best bila dok tilik perkataan tu. Mcm aku, kalau ikut stepnya, kumpul smp cukup lu, pastu baru upgrade ke condition yg lebih baik. 

So skrg nie tinggal yg siri 4 jer lagi lum ada utk cukupkan koleksi lengkap RM10 nie. xpe pelan kumpul, bukan nak kejar apa pun..:) kalau nak tgk senarai lengkap note RM10 nie, leh tgk kat SINI
 
Siri Pertama $10 Sign Tun Ismail Mohamed Ali Pencetak Thomas De La Rue


RM10 Siri ke 11 sign Zeti Dengan Silver Security Thread


$10 Siri 7 Ahmad Don: Giesecke & Devrient

Bagi siri ke 7 nie pun ada satu lagi variety. Variety biasa dicetak oleh Francois-Charles Oberthur. Bagi variety kedua nie dicetak oleh Giesecke & Devrient. Part lain2 suma sama jer. Nak kata sukar nak dapat pun xdela sgt. Cuma yg Oberthur tu lagi senang nak jumpa la.

Siri Ke 7 Ahmad Don Pencetak Giesecke & Devrient

$10 Siri Ke-6 Jaffar Hussein Variety 2: BA Banknote


Siri Ke-6 nie merupakan variety kedua yg dikeluarkan. Sama jer sebenarnya dgn siri ke-6 yang variety 1 tu. Bezanya kat pencetak jer. Variety 2 nie dicetak oleh BA Banknote. Manakala yg 1 tu dicetak oleh Thomas De La Rue.



Siri Ke-6 sign Jaffar Hussein Pencetak BA Banknote

RM10 Siri Ke-8 - Wawasan 2020

Friday 12 August 2011

RM10 Siri Kelapan nie conditionnya biasa je. Upload la juga utk cukupkan siri RM10 nie. Apa yg menariknya psl siri ke lapan nie adalah ianya dikeluarkan dengan tema dan design baru iaitu "Wawasan 2020". Siri nie dikeluarkan pada 5th February 1996 dengan dominasi RM2, RM5,RM10, RM50, RM100 dan menggunakan simbol baru iaitu RM (Ringgit Malaysia).Siri ini masih mengekalkan Potret Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Malaysia yang pertama dan di sign oleh Tan Sri Dato' Ahmad Mohd Don.



Siri Ke-8 Sign Ahmad Mohd Don 

$10 Siri 6 Jaafar Hussein Pencetak Thomas De La Rue


Salam,

Kali nie aku upload tambahan koleksi $10 bagi siri ke-6 pulak. versi yang ada nie adalah sign Jaafar Hussein dan dicetak oleh Thomas De La Rue. Grednya mmg UNC..alang2 cari biarla yg terbaik kan..:)

cuma tgh cari lagi satu versi utk siri ke-6 nie yg dicetak oleh BA Banknote. nanti kalau dah ada aku akan diupload kemudian.

Mcm biasalah, kalau nak rujuk koleksi lengkap siri RM10 nie, leh rujuk kat 
SINI


Siri Ke-6 Sign Jaafar Hussein Pencetak Thomas De La Rue

$50 Siri Ke-2 dan Ke-3 Ismail Mohamed Ali

Sunday 7 August 2011

Siri ke-2 ngn ke-3 nie kalau sekali tengok lebih kurang sama jer. Dua2 sign Ismail Ali. Ejaan Lima Puluh Ringgit dan lain-lain ciri pun lebih kurang sama jer. Cuma yg part bawah sebelah kiri tu ada beza sikit. Yg pastinya perbezaan jelasnya adalah pencetaknya. Siri ke-2 nie dicetak oleh Thomas De La Rue, manakala yg ke-3 lak dicetak Bradbury, Wilkinson & Co. Utk pattern siri pertama sampailah keempat mmg pattern nie lah. Yg pertama sekali tu senang nak nampak, ejaan Lima Puloh Ringgit dah leh bezakan. Manakala yg siri ke-4 tu disign oleh Gabenur Aziz Taha. Buat masa nie aku xde lagi yg siri pertama ngn keempat tu. Kalau ada nanti aku mesti upload punya..:)

$50 Siri Ke-2 Sign Tun Ismail Bin Mohamed Ali Pencetak Thomas De La Rue

$50 Siri Ke-3 Sign Tun Ismail Bin Mohamed Ali Pencetak Bradbury, Wilkinson & Co
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

OhBelog